Apple Watch Series 2 Yang Baru – NikeLab

Apple_Watch_NikeLab_2_hd_1600.jpg
Apple Watch NikeLab

Pada September 2016, Apple dan Nike memperkenalkan Apple Watch Nike+ khusus untuk sukan larian. Kini mereka (Apple dan Nike) melancarkan produk Apple Watch NikeLab version.

Masih lagi mengekalkan ciri-ciri Apple Watch Series 2 sebelum ini dan disertakan dengan edisi terhad Light Bone/Black Nike Sports band dan juga terdapat logo NikeLab Innovation x Innovators di band tersebut. (Apa? Tu je?)

Apple_Watch_NikeLab_1_rectangle_1600.jpg

Apple_Watch_NikeLab_3_rectangle_1600.jpg

Apple Watch NikeLab akan mula dijual pada 27 April 2017 di website Nike.com, di butik NikeLab dan di Isetan Shinjuku.
Kipas-susah-mati Apple sila beli yang ini. Bai.

Tarikh Tayangan Star Wars Episode IX Kini Berubah?

jng3qnjg7mmeozeueocl.jpg
Logo pertama untuk Star Wars Episode IX. Gambar dari Disney.

Tarikh tayangan terbaru untuk filem Episode IX franchise telah dikeluarkan oleh pihak Disney. Ramai akan fikir untuk filem Star Wars Episode IX kali ini akan ditayangkan pada hujung tahun bulan Disember seperti dua filem Star Wars (Episode VII: The Force Awakens, waktu tayangan 17th Disember 2015 & Episode VIII: The Last Jedi, waktu tayangan 14th Disember 2017)

Tarikh terbaru telah ditukar kepada 24th May 2019 (Kalau di Malaysia 23th May 2019) dan Colin Trevorrow (Jurassic World) adalah pengarah bagi filem terakhir bagi trilogi filem Star Wars kali ini.

Selain Star Wars, filem ke-5 dari franchise Indiana Jones juga diberi tarikh baru dirancang pada 10th Julai 2020 nanti. Masih lagi dapat sentuhan dari pengarah lagenda Steven Spielberg & pelakon utama Harrison Ford. Buat masa ini.

[Star Wars]

 

#Salam

Aku tak pasti ini blog apa. Mungkin blog biasa-biasa saja atau tidak. Mungkin ini hanya blog hanya untuk aku belajar untuk mahirkan lagi ayat penulisan aku. Mungkin korang akan rasa bosan dengan kehadiran blog ini. Mungkin ini mimpi-mimpi korang yang masih belum sedar lagi. Bangunlah.

Peringatan!

Sila beredar dari sini jika tidak mahu jiwa anda terganggu dengan isian blog ini.

Sekian.

#shit.